AKTIVITI KEMASYARAKATAN KRT FASA 4


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN
MERAIKAN WARGA EMAS FASA 4

Pada 03 Okt 2010 KRT Fasa 4 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga bagi meraikan Warga Emas Fasa Emas, majlis tersebut adalah diluar jangkaan kerana sambutan daripada penduduk sangat mengalakkan, dijangkakan lebih 400 orang telah datang ke majlis tersebut.

Ini adalah AJK KRT Fasa 4 yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan
majlis tersebut

Sebahagian daripada warga Fasa 4 yang hadir

Begitu juga sambutan yang diberikan olih kaum wanita

AJK Jiran Wanita yang memainkan peranan penting menyediakan
masakan bagi majlis tersebut.

Sebahagian daripada kueh muih yang disumbangkan daripada Individu

Jiran Wanita sibuk membuat persiapan terakhir menunggu kedatangan
warga Fasa 4

Sebahagian daripada wanita warga Fasa 4 yang hadir

Pegawai wakil daripada Jabatan Perpaduan Negara Daerah Gombak
(bertudug hitam) yang hadir

Biri Jiran Wanita bergotong-royong memasak untuk majlis tersebut

Bekerjasama dan semangat setiakawan di antara ahli
Biro Jiran Wanita
Pengerusi KRT pun turut membantu dan memberi sokongan moral
kepada Biro Jiran Wanita

Biro Jiran Muda pun turut membantu


AKTIVITI BIRO JIRAN WANITA KRT FASA 4


SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM
Satu Program penyampaian sumbangan anak-anak yatim dan miskin telah diadakan bersama-sama Jawatan kuasa Penduduk Zon 9 pada 28 Ogos 2010 pukul 9.30 malam di Tapak Uptown Seri Gombak. Diatas daya usaha Biro Jiran Wanita KRT Fasa 4, Biro tersebut telah berjaya membuat kutipan sumbangan daripada orang ramai sebanyak RM520.00. Semua wang kutipan tersebut telah dibelikan beras sebanyak 40 bag (5kg setiap bag) dan disumbangkan kepada anak-anak yatim dan miskin.
Sebahagian daripada Biro Jiran Wanita dimajlis tersebut

AJK KRT Fasa 4 yang hadir pada majlis tersebut

AJK KRT Fasa 4

Pengerusi AJK KRT Fasa 4 Tuan Hj. Abu Bakar menyampaikan
sumbangan.

Anak-anak yatim menerima sumbangan daripada Tuan Hj. Abu Bakar

Sebahagian daripada anak-anak yatim yang telah menerima sumbangan


 
BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DI WIRA DAMAI

Pada 03 Sept 2010 Biro Jiran Wanita Fasa 4 telah membuat kutipan wang, pakaian terpakai dan lain-lain peralatan daripada orang ramai bagi membantu mangsa kebakaran di Wira Damai. Mangsa kebakaran yang terlibat sebanyak 5 buah rumah, hasil kutipan tersebut Biro telah berjaya membuat kutipan wang sebanyak RM450.00. Hasil kutipan tersebut Biro telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran berbentuk wang, pakaian, pampasan dan botol susu kanak-kanak.
Lima buah rumah telah menjadi korban dalam kebakaran tersebut

Mangsa kebakaran di beri sumbangan pakaian terpakai
Mangsa memileh pakaian yang sesuai untuk keluarga
Perasaan sedih yang dirasai mangsa kebakaran

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx#############xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MISKIN
AJK KRT Fasa 4 telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan satelah mendengar dan melihat sendiri akan menderitaan Puan Rabedah yang tinggal di Kampung Seri Gombak hidup dalam kesusahan bersama anak-anak seramai 5 orang. Jasteru itu AJK KRT Fasa 4 telah berusaha mencari penderma untuk tujuan tersebut.
Pada 07 Sept 2010 AJK KRT Fasa 4 dengan anisiatif Puan Siti Jamilah ( Bendahari), En. Ab. Razak, En Basaludin (Blogger Fasa 4) dan Puan Salmiah Yasin telah mendapatkan penderma daripada Bank Muaamalat Cawangan UIA yang telah sudi  menderma wang sebanyak RM540.00 dan juga kueh-mueh disamping itu juga anak-anak beliau juga telah menerima wang Hari Raya. Untuk pengetahuan pembaca rumah yang didiami oleh keluarga Puan Zabedah masih lagi tidak ada bekalan elektrik, ini adalah disebabkan oleh masalah kewangan untuk membuat penyambungan elektrik. 


Pegawai  Bank Muamalat Caw UIA meyampaikan derma kepada
Puan Zabedah wang sebanyak RM500.00 dan juga makanan.

Puan Zabedah nampak ceria menerima sumbangan wang sebanyak
RM540.00 daripada Pegawai Bank Muamaalat Caw. UIA sedang
diperhatikan oleh Puan Siti Jamilah AJK KRT Fasa 4.
Keceriaan anak-anak Puan Zabedah satelah menerima bantuan kewangan
(duit raya) daripada penderma bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri
yang akan menjelang tiba.

Beginilah keadaan rumah Puan Zabedah yang serba kekurangan  yang
mana buat masa kini maseh belum mendapat  bekalan elektrik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan