Ruang Cadangan Daripada Penduduk Fasa4

Diruangan ini penduduk Fasa 4 boleh memberi cadangan yang membena untuk Rukun Tetangga Fasa 4 sebarang komen atau cadangan akan dibawa ke mesyuarat AJK yang diadakan setiap bulan, tentukan tuliskan nama yang sebenar dan Alamat Rumah di ruangan Catat Ulasan atau bolih email kepada AKJ KRT Fasa 4 email : - krtfasa4@gmail.com


22 Sept 2010
AJK Rukun Tetangga akan mengadakan mesyuarat pada 25 Sept 2010 ( Sabtu - 8.30 malam ) bertempat di Dewan LKPI Fasa 4. Mesyuarat yang akan diadakan adalah untuk membincangkan bagi mengadakan Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, dengan ini saya memberi peluang kepada penduduk Fasa 4 untuk memberi apa-apa cadangan yang membena untuk dibawa kemesyuarat tersebut. Sila tuliskan comen di ruangan yang disediakan.



SEMUA PENDUDUK FASA 4
TAMAN SERI GOMBAK

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN
MAJLIS MERAIKAN WARGA EMAS

Sukacita dimaklumkan Kawasan Rukun Tetangga Fasa 4 dengan segala hormatnya mempersilakan semua penduduk Fasa 4 hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan juga Majlis meraikan Warga Emas.

Tujuan majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi perhubungan kaum, mengenali adat resam dengan lebih dekat dan bertukar-tukar pendapat diantara satu sama lain.

Majlis tersebut akan diadakan saperti dibawah :-

Tarikh    : 03 Oktober 2010 ( Ahad )
Masa       : 09.00 pagi
Tempat  : Padang Fasa 4, Taman Seri Gombak

Kehadiran semua warga Fasa 4 sangat dialu-alukan bagi memeriahkan dan menjayakan majlis tersebut.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan